Sunday, April 12, 2009

never walk alone......




DAVID NGOG (kiri) diraikan rakan sepasukannya selepas meledak gol keempat Liverpool di Anfield semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


LONDON - Manchester United, Liverpool dan Chelsea terus bersaing bagi memburu gelaran Liga Perdana England.

Bagaimanapun, United yang masih kekal selaku pendahulu liga harus berwaspada kerana pencabar utamanya, Liverpool terus mengekori rapat di belakang skuad Red Devils itu.

Pada aksi di Anfield, Fernando Torres (gambar) meledak dua gol bagi membantu Liverpool mencatatkan kemenangan 4-0 ke atas Blackburn Rovers.

Jaringan lewat perlawanan menerusi Daniel Agger dan David Ngog mengesahkan lima kemenangan berturut-turut Liverpool dalam kempen liga.

Liverpool tidak perlu menunggu lama untuk merobek gawang Black- burn apabila Torres menyumbang gol pertama seawal minit kelima selepas menyudahkan hantaran Jamie Carragher.

Torres menambah gol kedua peribadinya pada minit ke-33 menerusi tandukan cantik hasil sepakan percuma yang diambil Xabi Alonso.

Agger terus menceriakan peminat The Reds apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-83 sebelum Ngog melengkapkan kemenangan Liverpool pada masa kecede- raan.

Kemenangan itu dilihat mampu menyuntik kembali semangat Liverpool menjelang aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Chelsea di Stamford Bridge, Selasa ini.

Pada aksi suku akhir pertama di Anfield, Rabu lalu, Liverpool dimalukan dengan kekalahan 1-3.

"Kami telah melakukan tugas dengan baik hari ini (semalam). Selepas kemenangan ini, kami bertambah yakin untuk berkunjung ke Stamford Bridge," jelas Torres.

Di Stadium of Light, United berjaya mengutip mata penuh selepas menewaskan Sunderland 2-1.

Paul Scholes membuka tirai jaringan United pada minit ke-19 sebelum Sunderland menyamakan kedudukan menerusi Kenwyne Jones minit ke-55.

Federico Macheda muncul wira United apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-76.

Di Stamford Bridge, Chelsea juga membuka peluang mereka memburu gelaran liga selepas menang 4-3 ke atas Bolton Wande- rers.

Ketika ini, United masih kekal di tangga teratas liga dengan mengumpul 71 mata diikuti Liverpool (70) dan Chelsea (67).

No comments: